
Full of actions and magics. Although a bit slow at mid movie but jalan ceritanya sioklah. 7.5/10 for me.

Full of actions and magics. Although a bit slow at mid movie but jalan ceritanya sioklah. 7.5/10 for me.

Hari terbuka Ma’had Islam Brunei sempena 20 tahun. Datanglah beramai-ramai
Ok, Wahashtiny mean I miss You. I miss Cairo after I listen to this song. Never thought that it was almost a year since i leave Egypt. I really miss everything in Cairo. Wish to go there again but not sure when. Haha Emo mode :p
Enjoy the song from Amr Diab -- Wahashtiny
Hidup umpama roda
Kadang-kadang kita di atas
Kadang-kadang kita di bawah
Lumrah kehidupan yang penuh tanda tanya. Kita selaku manusia perlu menerima ketentuan Ilahi. Qada dan QadarNya sudah termaktub di Luh Mahfuz. Kita terima semuanya dengan keredhaan dan kesabaran. Itulah ketetapan, rencana yang telah dibuat untuk kita, menempuhi ranjau liku kehidupan.
Namun, kita berusaha untuk merancang, kita berkuasa untuk membuat pilihan, kita diberi akal fikiran. Kita tahu apa baik dan apa yang buruk. Selaku hambaNya yang kerdil kita harus memberikan jalan yang terbaik untuk kita. Kita tidak boleh menyalahkan ketentuan Illahi. Walaupun semuanya termaktub namun setiap sesuatu itu ada hikmahnya, ada sebab mengapa sesuatu itu terjadi. Kita harus mengkaji dan menerima, bukannya menunding jari menyalahkan qada dan qadar. Allah maha mengetahui dan menyayangi hamba-hambanya.
Akal fikiran merupakan anugerah Allah yang agung buat hamba-hambaNya. Kita lihat kejadian dan mahkluk ciptaanNya, hanya manusia sahajalah yang diberikan akal fikiran. Kita perlu bersyukur, mengunakan akal sebagai senjata untuk menempuhi kekusutan dan kebuntuan. Mencari jalan untuk keluar dari kesilapan dan kegagalan. Bukan untuk menjatuhkan antara satu dengan yang lain. Manusia berakal perlu menilai dari pelbagai aspek, bukan dari satu sudut yang sempit tetapi meliputi skop kehidupan. Nilailah kebaikan dan keburukan. Jika manusia tidak mengikuti landasan tersebut, manusia tersebut akan menjadi lebih teruk dari makhluk Allah yang tidak diberi akal fikiran, lebih teruk dari binatang dan sebagainya.
Kita punya pilihan. Jalan baik atau buruk, kita tahu dimana yang perlu dituju. Justeru itu janganlah tersilap langkah membuat pilihan. Pikirkan terlebih dahulu implikasi pilihan kita. Jangan bertindak melulu. Jangan hanya pandang sebelah mata tanpa mengira kesannya nanti. Jangan menyesal dikemudian hari. Jangan biarkan anda bersedih jika sekiranya anda punya pilihan untuk bergembira. Kita berhak bergembira dengan pilihan yang baik kita buat. Janganlah bergembira diatas pilihan yang salah kerana kegembiraan tersebut tidak akan seindah kegembiraan pilihan yang baik.
Hidup umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang sebaliknya. Kita berusaha mencari kesenangan dan kebahagian. Kita cuba untuk keluar dari kelompok kesusahan, cuba untuk merangkak mencari sinar dari kegelapan. Itulah kehidupan. Manusia berlumba-lumba mencari kesenangan. Agar kehidupan masa lalu tidak akan dilalui dan dibayangi dimasa akan datang.
Dunia hanyalah sementara. Kehidupan ini umpama dipentas lakonan. Kitalah pelakonnya. Tapi janganlah kita jadi badut. Mengikut kata atau kemahuan orang. Umpama kerbau yand dicucuk hidungnya. Kita ada maruah yang perlu dijaga. Kita sama-sama manusia. Tiada bezanya dihadapan Illahi. Hanya amalan dan ketaqwaan yang menjadi ukuran. Bukannya darjat, rupa dan harta.
Bersemangatlah menempuhi kehidupan. Jangan mudah berputus asa. Gembiralah selalu. Lakarilah kehidupan anda dengan kebahagian yang anda pilih. Buatlah sempadan untuk dijadikan teladan. Jangan biarkan anda terjatuh dilobang yang anda gali sendiri. Kelak kesalnya bersemadi selamanya. Hidup tidak selalunya indah. Namun yang indah itu akan kekal hidup didalam ingatan.

I love cartoon. This movie is really recommended, especially to those who are into fantasy and happy ending. I give 9/10. Bguna ne movie ani mun stress, hehe